Minggu, 23 Februari 2014

10 Negara Berpenduduk Paling Sedikit di Dunia

Tahukah anda? Negara yang paling sedikit penduduknya di dunia adalah terletak di sebuah pulau yang paling terpinggir bernama Pitcairn Islands. Negara ini hanya mempunyai 67 orang penduduk sahaja ibarat sebuah perkampungan. Mengikut rekod bancian pada 1hb Julai 2011, Pitcairn Island adalah sebuah negara yang  masih berada di bawah jajahan British dan mempunyai penduduk yang paling sedikit di dunia.
Vatican City yang terletak di bandar Rome, Itali adalah sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara ‘merdeka’ yang paling kecil dan paling sedikit jumlah penduduknya di dunia. Ia mempunyai keluasan tanah sebesar 44 hektar (110 ekar) sahaja.
Sebahagian besar negara yang mempunyai penduduk yang paling sedikit ini adalah negara yang masih dibawah jajahan negara-negara lain kecuali negara Vatican City dan negara Niue.
10 negara yang mempunyai jumlah penduduk paling sedikit mengikut senarai penduduk dunia yang berpandukan kepada ISO standard ISO 3166-1 adalah seperti dalam senarai di bawah.
Kedudukan TanggaNegaraJumlah PendudukTarikh AnggaranStatus Negara
1Pitcairn Islands67July 1, 2011Jajahan British
2Cocos (Keeling) Islands596July 1, 2010Jajahan Australia
3Vatican City800March 1, 2011Merdeka
4Niue1,400July 1, 2011Merdeka
5Christmas Island1,403July 1, 2010Jajahan Australia
6Tokelau1,411October 18, 2011Jajahan New Zealand
7Norfolk Island2,302August 9, 2011Jajahan Australia
8Svalbard and Jan Mayen2,394July 1, 2011Jajahan Norway
9Falkland Islands3,000July 1, 2011Jajahan British
10Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha4,255 (5661)February 10, 2008Jajahan British





1 komentar: